Jom Sorru!
Sorru ialah katalog kedai jiran di taman anda. Lihat menu peniaga berdekatan, pilih apa yang anda mahu, dan order terus melalui WhatsApp peniaga.
Untuk semua: pembeli dan peniaga dari semua kaum. Percuma, tanpa komisen.
Cara order
- Buka sorru.my dan pilih kedai di taman anda.
- Tekan + Tambah pada menu yang anda mahu.
- Isi nama dan alamat, kemudian tekan Teruskan.
- Tekan Hantar order ke WhatsApp. Mesej order sudah siap ditulis, anda hanya perlu tekan hantar.
- Bincang bayaran dan penghantaran terus dengan peniaga dalam WhatsApp.
Kenapa nama "Sorru"?
Daripada perkataan Tamil soru, yang bermaksud nasi atau makanan. Di Malaysia, "jom soru" sudah lama menjadi cara mesra mengajak kawan makan, tidak kira bangsa. Kebanyakan rezeki jiran pun bermula dari dapur.
Soalan lazim: pembeli
Perlu daftar akaun untuk order?
Tidak. Pembeli tidak perlu akaun. Nama dan alamat anda boleh disimpan di telefon anda sendiri supaya tidak perlu diisi semula.
Bagaimana cara bayar?
Bayar terus kepada peniaga: tunai atau DuitNow, mengikut apa yang peniaga terima. Sorru tidak memproses atau memegang sebarang wang.
Jangan bayar sebelum peniaga mengesahkan order anda dalam WhatsApp.
Ada caj tambahan atau komisen?
Tiada. Harga yang anda lihat ialah harga yang ditetapkan oleh peniaga. Caj penghantaran (jika ada) dipersetujui terus dengan peniaga.
Siapa yang menghantar barang?
Peniaga sendiri. Setiap kedai menyatakan sama ada boleh ambil sendiri, hantar dalam taman, atau kedua-duanya.
Bagaimana dengan status halal?
Sorru tidak memberi pengesahan halal. Pengesahan halal di Malaysia hanya dikeluarkan oleh JAKIM dan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri.
Jika anda ingin tahu tentang bahan atau cara penyediaan, tanya terus peniaga melalui WhatsApp sebelum order.
Saya hantar order, tapi peniaga tidak balas?
Peniaga mungkin sibuk atau kedai sedang tutup. Tunggu sebentar atau WhatsApp semula. Jika anda sudah membuat bayaran dan order tidak sampai, tekan Lapor kedai ini di bawah halaman kedai tersebut.
Apa yang Sorru simpan tentang saya?
Bila anda tekan "Hantar order ke WhatsApp", Sorru merekod nama, alamat, nota dan senarai item supaya peniaga boleh menyemak order dengan nombor #SR. Maklumat ini tidak dijual dan tidak dikongsi kepada pihak lain.
Nama dan alamat untuk diisi semula hanya disimpan dalam pelayar telefon anda. Anda boleh nyahtanda "Ingat butiran saya" untuk tidak menyimpannya.
Soalan lazim: peniaga
Siapa boleh berniaga di Sorru?
Sesiapa sahaja yang berniaga di taman yang telah dibuka di Sorru: kedai makan, kuih, runcit, servis seperti dobi dan jahit, dan lain-lain. Peniaga dari semua kaum dialu-alukan.
Berapa kosnya?
Percuma. Tiada yuran bulanan dan tiada komisen jualan. Order masuk terus ke WhatsApp anda dan bayaran diterima terus oleh anda.
Bagaimana cara daftar?
Isi borang di sorru.my/peniaga/daftar. Admin akan WhatsApp anda untuk mengesahkan nombor. Selepas diluluskan, kedai anda dipaparkan kepada pembeli. Sementara menunggu, anda sudah boleh memasukkan menu.
Bagaimana pembeli jumpa kedai saya?
Kedai anda tersenarai di halaman utama taman. Anda juga mendapat pautan sendiri (cth. sorru.my/nama-kedai) dan poster QR Menu untuk dicetak di gerai. Pembeli scan untuk terus buka menu anda.
Stok habis atau saya cuti?
Tekan suis Habis pada produk, atau suis Kedai buka hari ini untuk tutup sementara. Pembeli akan nampak status terkini serta-merta.
Lupa kata laluan?
WhatsApp admin. Admin akan menjana kata laluan sementara untuk anda, kemudian anda boleh menukarnya di Tetapan kedai.
Taman saya belum ada di Sorru?
Isi borang Mohon buka taman. Taman baru dibuka apabila sudah ada beberapa peniaga yang sedia menyertai, supaya pembeli tidak jumpa senarai kosong.
Sorru dibina dan diurus secara individu, dan percuma untuk semua.